fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.460)

VIDEO HARI INI: VIDEO HARI INI: Sedikit perlahan kami kongsikan tetapi ini sesuatu yang bagus, Kid President kembali lagi untuk mengingatkan kita akan 20 perkara yang kita semua harus lebih kerap ucapkan. Have a nice day!

Pemergian Paul Walker semalam memang mengejutkan ramai pihak dan seluruh industri hiburan bersedih akan kehilangan ini. Gambar beliau beberapa jam sebelum nahas telah di’kongsikan peminat dan beliau nampak gembira menghadiri majlis amal tersebut. – Just Jared

Lindsay Lohan telah mula mengambil tindakan undang undang terhadap pembikin permainan video Grand Theft Auto V kerana khabarnya mereka menggunakan imej beliau tanpa kebenaran dalam permainan popular tersebut dan menuntut bayaran royalti. Eh. – TMZ

Isteri merangkap pengurus peribadi kepada Johan Raja Lawak, Ozlyn berkata beliau tahu dan kenal siapa yang sebarkan kisah tentang suaminya yang tidak sehaluan dengan Zizan Razak dan meminta individu berhenti menyebarkan perkara tidak benar. – Sinar Harian

Nampaknya hasil seni Justin Bieber di Australia tidak akan kekal lama selepas Gold Coast City Council berkata yang mereka akan mengarahkan segera supaya graffiti yang di’lukis penyanyi itu di tembok sebuah hotel di’padamkan. – BBC News

Miley Cyrus tampil secara terbuka memilih Pharrell Williams sebagai penghibur untuk tahun 2013 secara peribadi selepas melihat hasil kerja pemuzik itu dengan Daft Punk & Robin Thicke. – MSN