fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.458)

VIDEO HARI INI: Kanye West muncul dengan sebuah video muzik baru menampilkan tunangnya, Kim Kardashian dan James Franco juga Seth Rogen secara semulajadi tampil dengan parodi untuk video Bound 2 tersebut. 3 juta tontontan dalam kurang 24 jam.

Saksikan reaksi Bryan Cranston dan Aaron Paul ketika membaca baris baris akhir siri televisyen popular, Breaking Bad. Penuh emosi, seperti kita juga. – Elite Daily

Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata beliau kini dalam dilema sama ada mahu meneruskan hasrat meninggalkan dunia lakonan atau sebaliknya memandangkan masih banyak perkara yang perlu difikirkan. Eh, ubah fikiran pula? – Utusan Malaysia

Paris Hilton mendedahkan satu fakta menarik yang mana beliau tidak merasa walau sesen pun hasil komersial video seksnya yang bertajuk 1 Night in Paris walaupun pasangannya dalam video itu berjaya mengaut US$10 juta pada tahun 2004 lalu. – TMZ

Sumber terdekat dengan pelakon siri The Big Bang Theory, Kaley Cuoco memaklumkan yang pelakon ini sudah menetapkan awal tahun 2014 sebagai tarikh perkahwinan dengan tunangnya, Ryan Sweeting, atau lebih tepat 31 Disember ini. – US Magazine

Duo hip hop popular Korea Selatan, Leessang yang di’anggotai oleh Gary (Running Man) & Gil akan singgah ke Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi persinggahan untuk konsert jelajah Asia mereka. Tiket akan mula di’jual 30 November ini. – Maaduu