fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.453)

VIDEO HARI INI: Pemain violin yang popular menerusi Youtube, Lindsey Stirling terbang ke seluruh dunia untuk merakamkan video muzik untuk lagu terbarunya berjudul Minimal Beat yang di’muatkan dalam album terbaru beliau dan hasilnya, epik!

Mungkin mengambil peluang akan populariti Kim Kardashian, Kanye West telah menampilkan tunangnya itu dalam video muzik terbaru beliau untuk lagu berjudul Bound 2 dan pastinya ada adegan intim yang dipaparkan. – Just Jared

Dalam temubual terbaru bersama majalah Bazaar Australia, Nicole Kidman mendedahkan yang kemenangan Oscar beliau pada tahun 2013 menunjukkan kehidupannya yang kosong selepas berpisah dengan Tom Cruise dua tahun sebelum itu. – Page Six

Ada pelakon drama lelaki popular tempatan yang telah di’haramkan memasuki satu gimnasium kerana memarahi pekerja dan berlagak diva, siapa ya? – Murai

Penyanyi kelahiran British, Rita Ora telah dikejarkan ke hospital di Miami pada Isnin lalu selepas pengsan ketika menjalani penggambaran dan doktor memaklumkan yang beliau mengalami kepenatan melampau dan dehidrasi. – US Magazine

Ahli termuda kumpulan pop Girls’ Generation (SNSD), Seohyun telah mendermakan sejumlah US$95,000 kepada Dongguk University di Korea untuk program biasiswa pelajar dan selebriti itu juga merupakan penuntut tahun keempat di universiti itu. – Soompi