fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.452)

VIDEO HARI INI: Baru baru ini Make-A-Wish telah menunaikan hasrat seorang kanak kanak berusia lima tahun, Miles yang menghidap penyakit Leukemia untuk menjadi Batman untuk sehari dan menukar bandar San Francisco menjadi Gotham City. Awesomeness!

Kanye West baru baru ini telah menyampaikan satu syarahan ringkas di Harvard School of Design bersempena dengan siri DONDA Design Lecture yang di’anjurkan universiti terkemuka itu & penyanyi ini dikhabarkan sangat fokus dengan topik syarahan beliau. – US Magazine

Pelakon Faezah Elai tidak akan membiarkan anak kecilnya dijaga oleh pembantu rumah kerana bimbang terjadi kes penderaan atau pun dilarikan seperti yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini & lebih sanggup meminta bantuan ibunya. – mStar Online

Penyanyi remaja Taylor Swift menghiasi edisi terbaru majalah New York Magazine dan sekali lagi berkata yang proses mencipta lagu beliau selama ini tidak pernah di’pengaruhi oleh mana mana individu lebih lebih lagi bekas teman lelaki. Ye’lah. – Just Jared

Dalam satu video sidang media tergempar, Park Bom & Sandara Park dari 2NE1 mengumumkan yang kumpulan mereka akan mengadakan konsert jelajah dunia bermula Mac 2014 dan mereka akan kembali dengan lagu baru beberapa hari lagi. – Soompi

Peminat siti TV popular Breaking Bad? Bagaimana kalau kami kata yang ianya ada penamat alternatif dan ianya cukup menarik untuk di’pertimbang? – Huff. Post