fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.451)

VIDEO HARI INI: Ini kali kedua Yuna muncul di rancangan bual bicara popular Conan dan kali ini pastinya beliau hadir untuk mempromosikan album terbarunya, Nocturnal dan ini persembahan dengan lagu Rescue. Amazing as usual.

Mungkin terlalu mendalami watak, Jake Gyllenhaal telah di’kejarkan ke bilik kecemasan selepas menumbuk cermin ketika berlakon dalam dilem terbarunya berjudul Nightcrawler di Los Angeles baru baru ini. – People

Buat para peminat siri televisyen popular Community, ini merupakan 20 keping gambar terbaru untuk anda tatap sebelum munculnya musim kelima dan kali ini penciptanya, Dan Harmon kembali selepas musim keempat yang di’kritik hebat. Yeay! – Huffington Post

Ketiadaan Ummi Nazeera dalam mempromosikan filem Penanggal di beberapa lokasi tidak ada kaitan dengan perubahan imejnya yang dikatakan sudah berhijab tetapi ianya disebabkan oleh pelakon itu kini berada di Australia. – mStar Online

Khabar angin yang mengatakan pasangan ini sedang bercuti di Eropah ternyata benar selepas beberapa keping gambar aktress Moon Geun Young dan kekasihnya, Kim Bum sedang menikmati percutian di Milan, Itali tersebar di internet. – Soompi

Model popular ini di’landa kontroversi lagi selepad didakwa mengirim gambar dirinya yang telah diubah dengan Photoshop ke laman sosial Instagram & Miranda Kerr pantas menafikan perkara itu dengan mengatakan tidak perasan kerana mengambilnya dari internet. – US Magazine