fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.449)

VIDEO HARI INI: Pilihan hari ini sudah berbulan lama usianya tetapi baru kami temui & ianya kini masih relevan buat semua rakyat Malaysia yang pernah mengalami situasi seperti ini.

Laporan media menyebut yang pelakon Zac Efron telah cedera dan patah rahang serta menerima jahitan di mulut selepas terjatuh di hadapan rumahnya sendiri di Los Angeles. – Just Jared

Beberapa keping gambar lucah Nicholas Cage bersama ibu kepada anak lelakinya, Weston telah di’curi oleh seorang lelaki dan pesalah itu kini berada dalam tahanan polis namun gambar yang di’curi masih belum ditemui semula. Perlukah? – TMZ

Filem seram Highland Tower terbitan Metrowealth Pictures (MIG) telah berjaya mengaut kutipan tiket sebanyak RM3.3 juta selepas 12 hari tayangannya di pawagam-pawagam seluruh negara sejak 31 Oktober lalu. – Utusan Malaysia

Jennifer Love Hewitt mungkin bakal menimang cahayamata pertama sekitar Disember ini namun bukan alasan untuk beliau berehat malah sempat mereka pakaian untuk ibu mengandung bersama jenama terkenal, A Pea in the Pod. – People

Agensi YMC Entertainment telah melantik seorang peguam di Amerika Syarikat untuk mengambil tindakan undang undang terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar lucah artisnya, Ailee yang menjadi isu baru baru ini. – Soompi