fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.448)

VIDEO HARI INI: Kalau anda meragukan bakat dan kebolehan vokal Miley Cyrus, anda boleh dengarkan versi cover penyanyi ini untuk lagu Summertime Sadness nyanyian asal Lana Del Rey di BBC Radio 1 untuk Live Lounge.

Penulis buku komik terkenal, Kevin Smith berkata beliau telah melihat Ben Affleck dalam suit baru Batman untuk filem terbaru arahan Zack Snyder nanti & membayangkan ianya sesuatu yang unik dan mengujakan. Whoaa! – US Magazine

Kajian terbaru menunjukkan yang populariti Kanye West di’kalangan wanita telah jatuh sebanyak 66% sejak beliau mula berpacaran dengan Kim Kardashian. Kes cemburu atau sudah menyampah dengan pasangan tersebut? Heh. – Daily Mail

Vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh mengakui komitmen terhadap keluarga & studio rakaman yang baharu dibuka agak membatasi aktivitinya bersama kumpulan tersebut. – mStar Online

Lima tahun lalu beliau berjanji tidak akan kembali ke arena hiburan dewasa (lucah) namun Jenna Jameson di’laporkan kembali terlibat dengan video lucah sebagai salah satu cara untuk menyara anaknya selain berseronok & untuk para peminat. – Huffington Post

Pelakon kegemaran ramai, Ryan Gosling telah menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 33 dan untuk itu, mari lihat revolusi wajah tampan ini dari idaman para remaja sehingga menjadi wajah utama filem blockbuster. – People