fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.447)

VIDEO HARI INI: Bagaimana rupanya kalau filem Thor di’pasarkan sebagai sebuah filem romantik komedi? It’s sort of like No Strings Attached, tetapi lebih dengan banyak letupan.

Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata beliau tidak terdesak untuk segera mencari pengganti bekas kekasihnya penyanyi Shila Amzah bagi mengisi kekosongan di hatinya & mampu fokus kepada kerjayanya ketika ini. – mStar Online

Akibat para peminat fanatik yang membuat rusuhan di luar & merosakkan harta benda hotel serta melanggar arahan polis, Justin Bieber telah diminta keluar dari sebuah hotel di Argentina. Kerana peminat, selebriti menjadi mangsa. – US Magazine

Bintang yang bakal muncul dengan sebuah filem yang berkisar pornografi, Don Jon Scarlett Johansson percaya dengan etika betul, pornografi boleh menjadi sesuatu yang produktif untuk kedua dua pihak lelaki atau perempuan. – Huff. Post

Penyanyi pop & selebriti Korea, Ailee menjadi bahan bualan ramai dan juga media apabila ada laporan menyebut sekeping gambar bogel beliau sudah tersebar dan ianya sendiri sudah di’sahkan oleh agensi beliau sendiri dan tampil dengan penjelasan. – Soompi

Katy Perry muncul di 2013 MTV European Music Awards dengan memakai sebentuk cincin bertatah berlian dan ini menimbulkan spekulasi yang beliau sudah bertunang dengan kekasihnya, John Mayer. Kalau belum pun, sudah masa rasanya. – Too Fab