fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.443)

VIDEO HARI INI: Ada 8 minit untuk anda leburkan hari ini? Tonton kompilasi epik video pendek di Vine yang menarik sepanjang Oktober 2013 yang lalu.

Penyanyi yang kini sedang popular dengan lagu berjudul Royal, Lorde dilaporkan tidak berminat untuk berkolaborasi dengan penerbit muzik terkenal David Guetta & menyifatkan muziknya menjengkelkan. Ouch. – Huff. Post

Awal tahun ini apabila beliau umumkan mahu menyertai New York City Marathon, ramai yang bersikap skeptikal namun Pamela Anderson telah buktikan yang beliau pun mampu untuk tamatkan larian sejauh 42 km itu. – FOX Sports

Penyanyi Hafiz Suip menjelaskan gambar mesra dia bersama bekas kekasihnya, Adira AF yang dimuat naik menerusi Instagram milik penyanyi wanita itu hanyalah foto biasa sahaja dan menafikan menjalinkan kembali hubungan. – mStar Online

Penyanyi Katy Perry telah di’nobatkan sebagai kuasa baru di media sosial mengalahkan Justin Bieber yang memegang gelaran itu sekian lama selepas berjaya mengatasi angka pengikut di Twitter & Facebook bintang remaja itu. – Entertainment Weekly

Girls’ Generation (SNSD) baru sahaja melancarkan sebuah video muzik baru untuk lagu My Oh My yang juga merupakan single pertama untuk album ketiga mereka yang akan menemui peminat di pasaran Jepun. – Soompi