fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.442)

VIDEO HARI INI: Kami yang bukan peminat LEGO pun teruja untuk menantikan keluarnya filem The Lego Movie ini dan sebelum itu, tonton dahulu trailer penuh pertama yang penuh awesome ini — dan barisan penyumbang suara yang oh my God — Chris Pratt, Will Ferrell, Elizabeth Banks, Will Arnett, Nick Offerman, Alison Brie, Liam Neeson dan Morgan Freeman.

Apa yang penyanyi remaja ini lakukan jika tiada persiapan untuk konsert? Satu laporan berserta gambar menunjukkan yang Justin Bieber baru baru ini di’lihat mengunjungi sebuah pusat pelacuran di Brazil. Buat apa? – US Magazine

Sumber terdekat dengan selebriti ini berkata yang Lindsay Lohan kini telah bersih dari sebarang salah laku sosial mahu pun salah guna alkohol namun beliau masih suka untuk keluar berparti bersama rakan rakan tetapi mengawal diri. – FOX News

Lisdawati berasa lega apabila pihak produksi tempatan tidak meletakkan sebarang diskriminasi terhadap pelakon bertudung sepertinya untuk berlakon dalam drama terbitan mereka & tidak pernah bimbang akan rezeki dalam dunia seni. – mStar Online

Lee Seung Ki yang baru baru ini menyertai program TV Nunas Over Flowers sebagai comeback berkata beliau merasa teruja & bimbang dalam masa yang sama kerana ini penglibatan pertama selepas tidak muncul dalam mana mana program variasi sejak lebih setahun lalu. – Soompi

Pelakon berusia 41 tahun, Idris Elba dikejarkan ke hospital baru baru ini selepas diserang asma dan terpaksa membatalkan sidang akhbar filem biopik Nelson Mandela lakonan beliau yang telah di’jadualkan di Johannesburg, Afrika Selatan. – RTE