Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.44)
Rindukan persembahan live dari penyanyi sensasi Adele? Beliau di’jangka membuat persembahan pertama selepas pembedahan tekak beliau di Anugerah Grammy Ke 54 pada 12 Februari. Yay? – Rolling Stone
Masih berkecil hati dengan Hari Wilayah Persekutuan, mari kita buat mereka yang bercuti jadi cemburu kerana kita ada peluang melihat Sophie Monk berbikini dalam Maxim Australia. – Yeeeah
Jika tahun lepas gelaran ini milik Blake Lively, nampak’nya tahun ini gelaran ‘Most Desirable Women’ jatuh kepada pelakon dari Modern Family, Sofia Vergara (gambar). Bila kita boleh ada edisi Malaysia? – USA Today
Khabarnya hari ini Simon Cowell telah memecat tiga orang kuat rancangan X Factor iaitu Nicole Scherzinger, Steve Jones & kejutan, Paula Abdul. – E!
Bakal pengantin tahun ini, Lisa Surihani telah di’tabalkan secara tidak rasmi sebagai Ratu Sosial Media dengan 500,000 pengikut di Twitter & menghampiri 2,000,000 di Facebook. All hail the Queen! – The Star