fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.437)

VIDEO HARI INI: Kisah hidup kami #LOL

Pelakon popular Leornado DiCaprio bakal menerbitkna sebuah filem berdasarkan novel yang sebenarnya masih belum berada di pasaran berjudul Blood On Snow dan beliau juga akan turut berlakon dalam filem tersebut. – The Star

Walaupun sudah beribu kali mendengar lagu Imagine dendangan mendiang suaminya John Lennon, Yoko Ono mengakui masih mengalirkan airmata setiap kali mendengar lagu keamanan yang terbit pada tahun 1971 itu. – The Sun Daily

Perkahwinan pasangan ini memang mengejutkan semua pihak namun Kelly Clarkson tidak pula keberatan untuk kongsikan sebuah video sekitar majlis penyatuan dua hati dengan Brandon Blackstock baru baru ini. Sangat cantik! – People

Uqasha Senrose menafikan yang hubungan beliau & Pekin Ibrahim mempunyai masalah seperti yang menjadi perbualan ramai peminat semalam. Hmm. – GUA

Jake Gyllenhaal tampil di karpet merah 17th Annual Hollywood Film Awards baru baru ini dengan imej lebih kurus dari biasa dan berkata beliau hilang sekitar 9kg berat badan juga ianya bukan kerana tuntutan kerja atau watak filem. – Huff. Post