fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.436)

VIDEO HARI INI: Siapa kata lelaki tidak boleh menari ala Beyoncé?

Ramai peminat sudah mengetahui yang Tom Hiddleston mengdakan siri jelajah Asia dan baru baru ini berada di Korea Selatan untuk mengambil bahagian dalam SNL Korea, tonton slot komedi pelakon popular itu di’sini. – EW

Kanye West dilaporkan menyewa seluruh AT&T Park di San Francisco untuk melamar Kim Kardashian di hadapan seluruh keluarga & rakan rakan dengan cincin 15 karat, iringan orkestra dan persembahan bunga api. Ya, mereka akan berkahwin. – Just Jared

Dalam temubual terbaru, Katy Perry berkata yang beliau memang mengimpikan untuk berkahwin dengan kekasihnya John Mayer tetapi tetap bersyukur dengan keadaan ketika ini kerana percaya semua yang berlaku ada sebab sendiri. – W Magazine

Vokalis utama kumpulan Sistar, Hyorin dilaporkan sudah membuat persiapan untuk muncul secara solo sejak tahun lepas dan kini berada di peringkat akhir rakaman album yang dijadual dilancarkan sebelum hujung tahun ini. – Soompi

Stacy AF mengakui yang beliau tidak berjumpa dengan Akim Ahmad sejak awal tahun ini kerana sibuk dengan kerjaya masing masing & menegaskan sekali yang mereka hanya kawan biasa dan berita mahu berkahwin hanya rekaan peminat. – Utusan Malaysia