fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.435)

VIDEO HARI INI: Lisa Surihani terpilih sebagai penghias muka hadapan majalah EH! Oktober 2013 dan ini video disebalik tabir fotografi yang di’adakan dan boleh lihat selebriti ini bergaya ala Rihanna dengan persalinan dan aksesori penuh gaya.

Masuk minggu ketiga, filem angkasa lepas Gravity masih menduduki tangga teratas senarai filem terlaris dan sehingga hari ini telah berjaya mengutip US$170 juta di Amerika Syarikat & Kanada sahaja. Seluruh dunia? Pastinya lebih. – BBC News

Pasangan pelakon Chun Jung Myung dan Kim Min Jung bergandingan untuk filem Queen of the Night tahun lalu dan kini ada khabar angin mengatakan mereka berdua sudah bercinta lebih 10 bulan namun agensi mereka menafikannya. – Soompi

Mahkamah Los Angeles telah menggugurkan dakwaan rogol ke atas CeeLo Green kerana tidak mempunyai cukup bukti selain sangsi dengan jalan cerita wanita yang mengadu dan penyanyi itu dengan tuduhan memiliki pil ecstasy. – TMZ

Pelakon Sharifah Sakinah sekali lagi menafikan perangai pelik yang di’tunjukkan beliau menerusi laman sosial beberapa kali sebelum ini adalah kerana ingin meraih perhatian dan menyatakan itu memang dirinya secara semulajadi. – Utusan Malaysia

Pelakon popular menerusi siti TV How I Met Your Mother, Jason Segel di’lihat tampil lebih kurus baru baru ini dan beliau mengatakan ianya kerana tuntutan watak dalam filem Sex Tape yang di’lakonkan di samping Cameron Diaz. – Too Fab