fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.434)

VIDEO HARI INI: Penghibur dan juga ahli silap mata, Criss Angel kembali dengan siri televisyen baru dan sedutan dalam video di’atas memang nampak real. Whoaaa!

Pelakon Robin Williams khabarnya kini dalam perbincangan untuk kembali membintangi siri ketiga filem Night at the Museum yang juga menyaksikan penglibatan semula Ben Stiller dan akan memulakan pengambaran pada Februari 2014. – THR

Nora Danish yang kini berkawan rapat dengan anak seorang menteri iaitu Nadeem Nazri memberitahu yang mereka belum lagi bincangkan soal perkahwinan kerana masih memerlukan masa untuk bersedia menjadi isteri yang baik. – mStar Online

Isteri kepada pelakon siri Smallville, Tom Welling memfailkan permohonan cerai di mahkamah dengan memberikan alasan sudah tidak lagi punyai persefahaman dan mereka berdua sudah berkahwin selama 13 tahun. – US Magazine

Kalau anda belum tahu, Korea memang terkenal dengan budaya mengutamakan kecantikan dan pembedahan plastik memang sesuatu yang normal oleh itu tidak hairan barisan selebriti ini mempunyai imej yang jauh berbeza dari diri mereka yang dulu. – Soompi

Mungkin jauh sedikit dari dunia hiburan tetapi sebuah biola yang di’percayai dimainkan ketika kapal Titanic karam pada tahun 1912 telah berjaya dilelong dengan harga RM4.6 juta baru baru ini. Artifak yang bukan calang calang ‘kan? – BBC News