fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.433)

VIDEO HARI INI: Ini merupakan trailer kedua filem Kolumpo ini di’lancarkan di internet dan kami nampak ianya sebuah filem yang berpotensi untuk di’nikmati oleh semua terutama mereka yang pernah melalui perit jerih hidup di Kuala Lumpur.

Hanya selepas enam minggu berpacaran sebagai kekasih, pasangan Nina Dobrev & Derek Hough telah mengambil keputusan untuk berpisah dan sumber terdekat mengatakan jarak jauh antara mereka menjadi punca. – Just Jared

Ahli kumpulan U-KISS, Shin Dong Ho mengambil keputusan untuk berhenti semua aktiviti seni dan meninggalkan kumpulan itu kerana masalah kesihatan yang menghalang dirinya untuk terus aktif sebagai penyanyi dalam industri hiburan. – Soompi

Ramai sebenarnya tertanya tanya tentang penampilan Wawa Zainal yang sering bertudung kini namun pelakon itu menjelaskan yang dirinya belum berhijrah sepenuh dan akan membuka tudung jika watak lakonan memerlukan. – Sinar Harian

Pelakon Matthew McConaughey mengakui yang beliau menghubungi Tom Hanks untuk meminta tips bagaimana untuk menurunkan berat badan selepas menerima watak filem yang memerlukan beliau untuk kurus segera. – People

Isteri rapper terkenal Timbaland, Monique Mosley telah memfailkan penceraian selepas berkahwin selama lima tahun dan menuntut wang yang banyak dari rapper dengan nilai harta sekitar US$80 juta itu. Ka-ching!TMZ