fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.432)

VIDEO HARI INI: Komik Calvin & Hobbes bagi kami lebih dari sekadar komik, ianya penuh falsafah dalam dunia warna warni seorang kanak kanak & filem dokumentari tentang impak komik ini akan ke pawagam pada November 2013.

Pelakon terkenal, Anthony Hopkins memuji lakonan Bryan Cranston dalam drama bersiri popular Breaking Bad dan menyifatkan ianya sebagai terbaik pernah di’lihat sepanjang hayatnya. Bukan senang pelakon itu mahu puji orang lain, heh. – The Verge

Kim Kardashian muncul lebih langsing kini sejak melahirkan anak pertamanya bersama Kanye West dan mendedahkan yang beliau mengamalkan diet Atkins untuk kembali ke bentuk badan asal seperti sebelum mengandung. – US Magazine

Berita baik untuk semua. Duo komedi popular Amy Poehler dan Tina Fey telah terpilih sebagai pengacara majlis untuk Golden Globes Awards selama dua tahun, 2014 & 2015. – Just Jared

Sensasi pop Korea, Psy telah mengesahkan yang beliau bekerjasama dengan vokalis kumpulan Aerosmith Steven Tyler untuk lagu beliau seterusnya selepas ini. – Channel News Asia

Britney Spears baru baru ini mendedahkan melalui satu temubual radio yang album terbaru dan yang kelapan beliau akan berjudul Britney Jean, tidak terlalu kreatif bunyinya ‘kan? – E! Online