fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.431)

VIDEO HARI INI: Ini cara yang kreatif dan kami fikir berkesan untuk promosikan filem — sebuah kafe di kota New York dikejutkan dengan kebolehan seorang gadis menggunakan kuasa psikik.

Kalau anda masih peduli, Paris Hilton kini kembali dengan sebuah lagu baru berjudul Good Time & melancarkannya sekali dengan video muzik penuh seksi bersama Lil’ Wayne. – Daily Mail

Ibu kepada Kim Kardashian, Kris Jenner mengesahkan telah berpisah setahun lalu dengan suaminya Bruce Jenner yang dikahwini sejak 22 tahun lalu namun tiada permohonan bercerai yang difailkan sehingga kini. – FOX News

Konsert jelajah dunia G-Dragon yang bermula Mac 2013 lalu di Seoul, Korea dan dipentaskan di 13 buah bandar & 26 persembahan akan diterbitkan semula dalam bentuk 3D untuk tayangan pagawam dengan tajuk One of a Kind 3-D. – Soompi

Farawahida telah mengupah perancang perkahwinan untuk menguruskan hari bahagianya yang dijangka berlangsung pada Disember depan kerana tidak mampu menguruskan perkahwinan itu sendirian kerana sibuk dengan aktiviti nyanyian. – mStar Online

Kerana marah dengan aktiviti mereka melanggar privasi beliau secara sesuka hati, Rihanna berkata yang paparazzi di New Zealand lebih teruk dari puak Nazi. Ouch! – Stuff