fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.430)

VIDEO HARI INI: Artis jalanan kelahiran Britain, Banksy mengirimkan sebuah video parodi kepada aktiviti pemberontak di Syria ketika ini & hasil seni beliau kali ini menerima reaksi berbeza daripada pelbagai pihak. – New York Times

Kurang setahun selepas tampil secara terbuka tentang isu seksualiti beliau, Jodie Foster dilihat kini sedang berpacaran dengan seorang jurugambar & aktres sambilan, Alexandra Hedison yang pernah juga dikaitkan dengan Ellen DeGeneres. – Huff. Post

Ibu mendiang Michael Jackson, Katherine Jackson berkata beliau tidak pernah menyesal apabila memfailkan permohonan saman bernilai US$31 billion terhadap penganjur konsert AEG walaupun kalah kes minggu lalu. – TMZ

Bertemu untuk reunion sempena ulangtahun ke 25 siri TV popular, Baywatch salah seorang pelakon mendedahkan yang mereka tidak di’benarkan untuk naik atau turun lebih 2.3 kg berat badan sepanjang terlibat dalam pengambaran. – US Magazine

David Beckham dan isterinya Victoria telah menjual kediaman mewah mereka yang terkenal dengan jolokan Beckingham Palace & beberapa jenis kenderaan dengan harga US$19 juta untuk menaiktaraf kehidupan mereka dengan rumah baru bernilai US$70 juta. – NEWS AU

PSY menjadi artis kelahiran Korea pertama menjadi penghias muka hadapan majalah fesyen popular dan ternama VOGUE untuk versi Itali, L’Uomo. – Soompi