fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.429)

VIDEO HARI INI: Laporan menyebut yang perisian terbaru peranti Apple, iOS 7 membuatkan ada pengguna pening kepala dan ini merupakan penyelesaian terbaik kami rasa. Heh.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan isu penyebaran salinan filem secara tidak sah, KL Gangster 2 sehingga hari ini telah berjaya mengutip lebih RM3.1 juta selepas tiga hari tayangan di pawagam Malaysia. Not bad huh?mStar Online

Peminat Justin Bieber atau tidak, dengarkan lagu baru penyanyi ini berjudul Heartbreaker yang baru sahaja di’lancarkan semalam dan beliau akan melancarkan sebuah lagu baru setiap minggu selama 10 minggu bermula minggu ini. – Just Jared

Scarlett Johansson sekali lagi terpilih sebagai Sexiest Woman Alive untuk 2013 oleh majalah Esquire dan ini merupakan gelaran kali kedua untuknya selepas tahun 2006 juga wanita pertama menerima gelaran ini sebanyak dua kali. – USA Today

Anggota kumpulan 2AM, Jinwoon telah terlibat dengan satu kemalangan malam kelmarin selepas kereta yang dipandu bertembung dengan lori 25 tan & beliau telah selamat menjalani pembedahan di pergelangan kaki kanan semalam. – Soompi

Kaki judi mula mempertaruhkan wang mereka tentang bilakah Putera Harry akan melamar teman wanitanya Cressida Bonas selepas sebuah media UK melaporkan yang putera itu mungkin akan berkahwin pada tahun 2014. – People