fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.428)

VIDEO HARI INI: Rahat Hussein kembali lagi dengan prank klasik beliau namun kali ini dengan kehadiran tengkorak hidup, eh. Selamat berhujung minggu!

Kini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya Don Jon, Joseph Gordon-Levitt berkata beliau mungkin tidak akan berlakon watak sidekick Batman yang bakal dibawa Ben Affleck sekuel Man of Steel kelak. – US Magazine

Seorang gadis Korea Selatan muncul dalam satu program TV menceritakan pengalaman beliau menjalani beberapa pembedahan plastik supaya wajahnya boleh kelihatan seperti supermodel terkenal, Miranda Kerr. – Soompi

Ketika melancarkan koleksi pakaian terbaru beliau, vokalis Maroon 5, Adam Levine menjelskan yang inspirasi fesyennya selama ini datang daripada watak fiksyen, Batman. – People

Bintang The Big Bang Theory, Kaley Cuoco baru baru ini mendedahkan yang tunangnya Ryan Sweeting memulakan ‘pergaduhan’ kecil sebelum menamatkan semua itu dengan lamaran untuk mereka bertunang. Aww. – NY Daily

Penyanyi senior Sinead O’Connor yang juga merupakan inspirasi kepada video muzik Wrecking Ball menasihatkan Miley Cyrus dengan perjalanan kariernya ketika ini kerana mereka dalam industri hiburan hanya akan melayan dirinya sebagai ‘pelacur’ murahan. – Too Fab