fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.423)

VIDEO HARI INI: Awwwwwwwwwwww!

Breaking Bad bakal berakhir hujung minggu ini dan Aaron Paul nampaknya tidak perlu risau akan perjalanan kariernya kerana bakal muncul dalam filem Need For Speed & ini trailer pertamanya yang keluar, nampak boleh tahan. – Huffington Post

Selepas putus cinta sekitar Mei yang lalu, Nina Dobrev dilaporkan kini sedang rapat dengan penari, Derek Hough dan khabarnya telah mula bercinta ketika ini. – Just Jared

Dalam satu temubual radio bersama Ryan Seacrest, Simon Cowell memberi bayangan yang beliau akan mengahwini teman wanitanya, Lauren Silverman yang kini sedang hamil anak mereka berdua & gembira dengan hubungan mereka. – US Magazine

Dua bintang pop Korea ini telah di’lihat keluar bersama mesra berpimpinan tangan sehingga menimbulkan spekulasi yang mereka bercinta namun agensi Sulli dari f(x) dan ahli Dynamic Duo, Choiza keluarkan kenyataan rasmi yang mereka hanya berkawan. – Soompi

Ada sumber sumber mengatakan yang Zain Saidin sudah pun menghantar rombongan merisik Rozita Che Wan dan mereka berdua sudah pun bertunang. – Murai