fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.422)

VIDEO HARI INI: Video gerak perlahan (slow motion) di’atas dirakam menggunakan peranti terbaru Apple, iPhone 5S yang entah bila akan sampai ke pasaran Malaysia. Okay Apple, hantar sebiji ke sini. Anggap sahaja ini iklan, heh.

Pasukan di sebalik kerjaya penyanyi ini memang akan muncul dengan berita baru setiap hari atau apa? Terbaru, Miley Cyrus telah tampil berbogel untuk menjadi wajah muka hadapan edisi terbaru majalah Rolling Stone. – Just Jared

Untuk tidak bertembung dengan paparazzi, Kanye West khabarnya telah menyewa jet peribadi untuk terbang dari lapangan terbang berlainan di Los Angeles dari orang lain. #SWAG – TMZ

Awie berharap gandingan bersama Erra Fazira dalam konsert Suara Kita di Istana Budaya pada Mac 2014 tidak disensasikan hanya kerana mereka pernah bertunang dahulu. – mStar Online

Jim Carrey telah kongsikan sekeping gambar yang menunjukkan beliau bersama Jeff Daniels di lokasi pengambaran Dumb and Dumber To yang merupakan sekuel filem Dumb and Dumber pada tahun 1994. Harap penantian 20 tahun berbaloi. – Huff.Post

Hanya selepas seminggu mereka di’khabarkan berpacaran di media, Lindsay Lohan dan Matt Nordgren kini khabarnya telah membawa haluan masing masing dan jadual kerja yang padat selain jarak antara mereka di’katakan sebagai punca perpisahan. – US Magazine