fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.421)

VIDEO HARI INI: You’re welcome.

Mungkin sebagai respons kepada perjalanan majlis yang kurang baik, Neil Patrick Harris menulis melalui Twitter yang beliau lega majlis anugerah Emmy’s sudah berakhir & tidak bercadang untuk menjadi hos untuk apa apa acara untuk satu jangka masa yang panjang. – US Magazine

Frontman 30 Seconds To Mars, Jared Leto mendedahkan baru baru ini yang beliau menolak peluang keemasan dan tawaran Kanye West untuk mengarahkan salah sebuah video muzik lagu terbarunya kerana kekangan masa. – Gig Wise

Berita yang mengejutkan ramai pihak semalam adalah rancangan pernikahan pasangan ini yang akan berlangsung pada Khamis & Adam AF mengakui tidak peduli dengan status janda bakal isterinya iaitu penyanyi dan pelakon Fiza Elite. – mStar Online

Lelaki terkaya di China, Wang Jianlin merancang untuk membelanjakan sebanyak 50 billion yuan (US$8.2 billion) untuk membina versi Hollywood untuk negara itu di Qingdao. – The News

Dua orang peserta ujibakat K-Pop Star Hunt S3 di Malaysia, Putri Norizah & Ryan Thoo berjaya bergelar wakil negara untuk menjadi pelatih kpop di FNC Entertainment disamping 14 peserta lain dari negara serantau sini. Go kpop!HYPE