fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.419)

VIDEO HARI INI: Dua orang comedian yang menjadi antara kegemaran kami mengimbas kembali kenangan mereka bersama sama memulakan kerjaya sekitar tahun 1993 dahulu.

Justin Timberlake membuat kejutan dalam 2013 iHeartRadio Music Festival dengan bawakan dua buah lagu baru yang akan muncul dalam album akan datang, The 20/20 Experience (2 of 2) berjudul True Blood dan Only When I Walk Away. – Just Jared

Gambar terbaru mengesahkan yang bekas tunang Miley Cyrus, Liam Hemsworth telah berjaya melupakan hubungan mereka selepas di’lihat bercumbu mesra dengan pelakon juga penyanyi seksi kelahiran Mexico, Eiza Gonzalez. Ouch! – US Magazine

Peserta dari Pulau Pinang, Darren terpaksa akur tersingkir pada minggu kedua program realiti TV Akademi Fantasia 2013 (AF2013) yang berlangsung pada malam Sabtu lalu. – mStar Online

Dalam sebuah video di sebalik tabir, Girls’ Generation (SNSD) membawa anda melihat proses pembikinan video muzik untuk single kelapan mereka di Jepun, Galazy Supernova. – Soompi

Kanye West mengatakan secara terbuka yang dirinya adalah bintang rock nombor satu di atas muka bumi ini (The No. 1 Rock Star On The Planet) dalam satu temubual bersama BBC Radio 1 baru baru ini. Perasan much? – Huffington Post