fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.418)

VIDEO HARI INI: Bekas juara tinju dunia, Mike Tyson nampaknya ada bakat tersembunyi & baru baru ini terserlah yang beliau hebat membaling dart walaupun dengan menutup mata.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Pelakon berbakat besar ini boleh memasukkan satu lagi watak besar dalam resumé, Leornado DiCaprio telah disahkan bakal membawa watak Presiden Amerika Syarikat ke 28 Woodrow Wilson dalam filem biopiknya nanti. – E!

Salah seorang penerbit eksekutif siri TV popular, Breaking Bad mengesahkan yang dua episod terakhir drama itu akan mengambil masa 75 minit setiap satu termasuk iklan. – Mirror UK

Selepas menyaksikan persembahan minggu pertama peserta Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), Anuar Zain menyifatkan para peserta yang ada sebagai berbakat dan tidak akan menolak jika dipanggil untuk berkongsi ilmu. – Astro Awani

Aktress Hollywood, Natalie Portman baru baru ini mendedahkan yang beliau sebenarnya sentiasa panik ketika berjalan di karpet merah di mana mana acara kerana fobia akan terjatuh atau tersungkur di hadapan peminat & para media. – SF Gate

Pasangan selebriti Korea yang baru berkahwin, Lee Hyori dan Lee Sang Soon di’laporkan telah terbang ke benua Eropah untuk berbulan madu beberapa hari lalu dan turut di’khabarkan akan menghabiskan masa selama dua bulan di sana. – Soompi