fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.416)

VIDEO HARI INI: Kami suka siri penjelasan fakta menarik tentang binatang terpilih oleh Ze Frank ini dan hari ini beliau kembali untuk merungkai misteri spesies katak.

Pelakon yang menjadi bualan hangat beberapa minggu kebelakangan ini kerana telah berjaya memegang watak Batman seterusnya, Ben Affleck tampil buat pertama kali memberikan komen tentang reaksi negatif para peminat. – US Magazine

Selepas tampil dengan lagu baru semalam, Britney Spears membuat pengumuman yang beliau akan menjadi artis residen Las Vegas dan akan tampil membuat persembahan di Planet Hollywood sebanyak 50 kali setahun. Ka-ching!Just Jared

Setelah lama menyepi tanpa album dan lagu baru, bintang remaja IU tampil dengan teaser untuk album penuhnya berjudul Modern Times yang akan muncul pada 7 Oktober ini. – allkpop

Ianya campuran lama dan baru selepas Justin Timberlake dan juga Macklemore & Ryan Lewis mendahului senarai calon MTV Europe Music Awards tahun ini yang akan berlangsung di Amsterdam dengan lima pencalonan masing masing. – EW

Black Mentor berasa pelik & hairan apabila ada pihak mempersoalkan status isteri beliau yang di’khabarkan janda sebelum berkahwin dengannya hujung minggu lalu. – Murai