fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.415)

VIDEO HARI INI: Selamat kembali dari cuti yang panjang. Banyak makan di luar hujung minggu yang lalu? Video ini akan buat anda fikir dua kali selepas ini untuk makan makanan segera.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Nampaknya kutipan jualan tiket filem ini tidak mengecewakan selain sudah meraih RM10 juta di luar negara, Vikingdom berjaya meraih lebih RM1 juta sepanjang empat hari tayangan semenjak memulakan tayangan Khamis lepas. – Harian Metro

Ketika konsert beliau di San Paulo, Brazil Beyoncé telah di’tarik jatuh dari pentas persembahan oleh seorang peminat namun penyanyi itu tidak mengalami apa apa kecederaan menurut laporan & meneruskan konsert seperti biasa. – Just Jared

Miley Cyrus dilaporkan telah berhenti menjadi follower tunangnya, Liam Hemsworth di Twitter dan ini menguatkan andaian yang hubungan mereka kini di ambang perpisahan. – US Magazine

UPDATE-1: Miley Cyrus & Liam Hemsworth Sah Putus Tunang

Britney Spears telah melancarkan single terbaru beliau berjudul Work Bitch lebih awal selepas versi berkualiti rendah lagu tersebut telah bocor ke internet. – E!

Sumber tertinggi dalam YG Entertainment mendedahkan yang kumpulan kpop sensasi, Big Bang bakal melancarkan sebuah lagu baru pada Oktober ini sebelum memulakan konsert jelajah mereka di Jepun. – Soompi