fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.414)

VIDEO HARI INI: Walaupun video muzik lagu ini sangat berseni & berani, kami sebenarnya sukakan lagu Wrecking Ball oleh Miley Cyrus ini dan versi lagu ini oleh The Gregory Brothers ini boleh tahan menarik, di’sampaikan dalam gaya country. Dengarkan.

Aktress yang popular menerusi siri filem Twilight, Kristen Stewart di’khabarkan telah mengutip US$500,000 untuk tabung kebajikan ribut Sandy dengan hanya meluangkan masa 15 minit dengan seorang putera raja dari Timur Tengah. – The Wire

Walaupun drama bersiri popular, Breaking Bad akan berakhir tidak lama lagi, para peminat boleh menarik nafas lega selepas siri terbaru Better Call Saul berkisar tentang perjalanan peguam Saul Goodman di’umumkan akan ke udara di AMC. – E!

Stesen televisyen UK, BBC telah mengesahkan yang Kylie Minogue akan menyertai The Voice UK tahun hadapan sebagai tenaga pengajar di’samping will.i.am dan Tom Jones. – THR

Nampaknya karier lakonan aktress ini dalam bahaya selepas penggiat industri mendedahkan yang ianya terlalu sukar untuk bekerja dengan Katherine Heigl di’tambah lagi dengan karenah yang bukan bukan ibunya yang juga pengurus kerjaya beliau. – US Magazine

Nabila Huda dalam kenyataan terbaru berterima kasih kepada ayahnya, Amy Search atas doa beliau sehari sebelum kemalangan yang menjadi perhatian ramai Ahad lalu. Kami sangat pasti ini satu kenyataan sarkastik dari beliau. – GUA