fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.413)

WTF HARI INI: Kami sendiri tidak pasti apakah motif lagu ini, apatah lagi video muzik ini — tetapi masih boleh layan, lebih 16,000,000 tontonan di Youtube dalam masa seminggu.

Salah seorang ahli kumpulan Sleeq iaitu Syariff bakal mengikut jejak langkah mentornya, Aaron Aziz untuk menetap di Malaysia bermula pada Oktober 2013 ini. – mStar Online

Filem terbaru siri Pirates of the Caribbean di’laporkan telah di’tunda tarikh tayangannya dari musim panas 2015 ke satu masa yang belum ditentukan kerana isu skrip & kegagalan filem The Lone Ranger di seluruh dunia sebelum ini. – THR

Bekas pasangan suami isteri, Ashton Kutcher dan Demi Moore di’lihat terbang bersama dalam satu pesawat baru baru ini tetapi mereka kembali bersama untuk aktiviti yayasan yang mereka asaskan bersama iaitu THORN: Digitial Defenders of Children. – Just Jared

Aktress filem Blood Ties, Zoe Saldana dalam senyap senyap mengikat tali perkahwinan dengan kekasih Marco Perego dalam satu majlis kecil & tertutup di London sekitar Jun lalu. – US Weekly

Jika anda peminat drama Korea, ini sesuatu yang menarik. Aktor Lee Bum Soo dan ahli Girls’ Generation (SNSD) YoonA di’khabarkan dalam perbincangan untuk menjadi pelakon utama dalam satu drama terbaru di KBS bertajuk Prime Minister and I. – Soompi