fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.412)

VIDEO HARI INI: Kalau anda pengikut tegar trend semasa internet pasti anda tahu akan video twerking paling gagal dalam sejarah ini — dan rupanya ia merupakan satu video viral ciptaan hos rancangan lewat malam popular, Jimmy Kimmel.

Bintang remaja, Vanessa Hudgens tampil penuh glamor sebagai penghias muka hadapan Marie Claire terbaru & dalam temubual bersama majalah itu beliau mengatakan mahu menggenggam Oscar & mempunyai anak sendiri sebagai satu impian satu hari nanti. – Just Jared

Sharon Osbourne dalam rancangan bual bicaranya baru baru ini mendedahkan beliau pernah mempunyai hubungan dengan hos sensasi Jay Leno di awal kemunculan dalam dunia hiburan & sebelum bergelar ahli keluarga Osbourne. – US Magazine

Walaupun berada dalam senarai individu & wanita paling berpengaruh di dunia, Oprah Winfrey baru baru ini mendedahkan yang beliau sebenarnya seorang yang takutkan belon. – People

Mungkin bukan untuk anda semua tetapi pastinya peminat Infinite ingin tahu yang kumpulan ini akan menghabiskan masa lebih seminggu di Amerika Syarikat untuk siri konsert jelajah mereka di’sana termasuk New York & California. – Soompi

Kumpulan art-pop dari Iceland, Sigur Rós dilaporkan bakal membuat kemunculan istimewa dalam musim keempat Game of Thrones tidak lama lagi nanti. – EW