Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.411)

VIDEO HARI INI: Dapat jolokan Mariah Carey era 2010’an, Ariana Grande tampil dengan imej 90’an untuk video muzik terbarunya kali ini untuk lagu Baby, I.

Masih lagi para peminat memperkatakan tentang persembahan Miley Cyrus beberapa minggu lalu dan kali ini khabarnya majalah fesyen berprestij Vogue telah membatalkan hasrat menjadikan penyanyi itu sebagai wajah muka hadapan. – Mail Online

Tunang kepada aktress Jennifer Love Hewitt, Brian Hallisay di’laporkan telah bertindak kasar terhadap seorang paparazzi selepas amaran untuk tidak mengambil gambar tidak di’endahkan tetapi tiada sebarang kecederaan terjadi menurut sumber. – Huffington Post

Bercakap dalam satu majlis baru baru ini, Wentworth Miller mengakui yang beliau pernah untuk mencuba bunuh diri beberapa kali sebelum mengakui dirinya seorang gay kerana tekanan menyembunyikan identiti seksualnya. – TMZ

Bintang Star Trek Next Generation, Patrick Stewart telah mengesahkan dirinya kini sudah berkahwin dengan teman wanitanya selama lima tahun, penulis lagu & penyanyi Sunny Ozell. Ini merupakan perkahwinan ketika buat pelakon itu. – US Magazine

Walaupun sukan’nya sendiri tidak sangat menjadi perhatian kita, tetapi persembahan separuh masanya sentiasa menarik minat ramai. Untuk edisi Super Bowl akan datang Februari ini, Bruno Mars di’sahkan akan membuat persembahan. – Entertainment Weekly

×