fbpx

VIDEO HARI INI: Filem terbaru lakonan beliau Riddick kini sedang hangat di’pawagam dan tidak hairan video Vin Diesel karaoke lagu Rihanna timbul semula.

Berkahwin sekitar setahun yang lalu, Zach Galifianakis kini di’laporkan bakal bergelar seorang bapa selepas isterinya Quinn Lundberg kini mengandung. – US Magazine

Emma Watson nampaknya telah sah mempunyai projek filem baru dan kali ini akan bekerjasama dengan Alison Owen dan Michael Benaroya untuk adaptasi memoir Emma Forrest dengan tajuk filem Your Voice in My Head. – The Hollywood Reporter

Pelakon Korea, Jang Geun Suk yang kini sedang berada di China untuk mempromosikan satu produk kecantikan telah mengeluarkan satu kenyataan menarik perhatian media dengan mengatakan dirinya adalah lelaki paling cantik di Asia. – Soompi

Buat penggemar filem yang terlepas menyaksikan Lemak Kampung Santan di layar perak, filem itu ditayangkan secara ekslusif menerusi portal video Tonton sekarang. – mStar Online

Khabar angin mula bertiup semula mengatakan yang tunang Miley Cyrus, Liam Hemsworth kini dalam pertimbangan untuk berpisah kerana mereka kini tidak lebih dari sekadar teman serumah & khabarnya sudah tidak tidur bersama. – Huffington Post