fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.408)

VIDEO HARI INI: Hmm, Seth Rogen kembali lagi dengan idea gilanya selepas This Is The End, filem Neighbors ini nampak mengarut punya best — kami rasa. Heh.

Dalam temubual pertama selepas persembahan beliau di 2013 MTV VMAs (kita masih bercakap pasal ini?), Miley Cyrus mengakui tidak menyesal dan berkata tahu yang sejarah telah tercipta pada malam tersebut. Huh? – Just Jared

Nampaknya para peminat tegar novel Fifty Shades of Grey marah dengan pemilihan pelakon oleh produksi filem & meminta di’gantikan dengan Alexis Bledel & Matt Bomer. – Huff. Post

Kalau imej gemuk selebriti ini masih melekat di minda anda, gambar terbaru Christina Aguilera di majalah MAXIM kali ini pasti mengubah persepsi anda, dijamin! – US Magazine

Bekas kekasih George Clooney, Stacy Keibler di’lihat seksi dan hampir bogel ketika menyertai festival liar dan berani Burning Man melalui gambar di Instagram beliau. – People

Masih ingat dengan bekas tunang Mawi ini? Entah kenapa masih ada berita tentang beliau & Ina Naim di’khabarkan kini sudah berpurdah lengkap atas permintaan suami. – mStar Online