fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.407)

VIDEO HARI INI: Ini ‘reaksi’ mereka di atas kapal USS Enterprise terhadap persembahan Miley Cyrus di 2013 MTV’s Video Music Awards yang lalu.

Selepas berjaya membuka 30 gerai burger dengan jenama HOT Burger miliknya, Fizo Omar kini dalam proses mengembangkan perniagaan itu di Kota Bharu, Kelantan pula. – Sinar Harian

Adaptasi filem untuk novel erotik paling popular ketika ini, Fifty Shades Of Grey telah menemui pasangan pelakon utama iaitu Dakota Johnson dan aktor British, Charlie Hunnam. – Daily Mail

Selepas empat tahun bersama dengan tattoo dengan ejaan salah, Hayden Panettiere akhirnya mengambil keputusan untuk membuang tattoo tersebut. – US Magazine

Jika semalam dunia hiburan Korea di’kejutkan dengan berita perkahwinan mereka, hari ini Lee Hyori & Lee Sang Soon kongsikan gambar mereka bersama sekitar majlis berlangsung. Kami sukakan persalinan pengantin & suasananya. Awww. – Soompi

Nampaknya siri filem popular ini bakal menerima kehadiran bintang baru. Laporan ada menyebut yang Kurt Russell kini dalam proses terakhir untuk menyertai Fast & Furious 7. Whoaa! – RTE