fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.406)

VIDEO HARI INI: Seorang pegawai penjara wanita berusia 36 tahun, Sam Bailey akan membuat anda kagum dengan bakat nyanyian beliau dengan membawakan lagu Listen (Beyoncé).

Kembali menjadi tumpuan ketika persembahan di 2013 MTV VMA, ahli kumpulan *NSYNC Lance Bass kini telah mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya, Michael Turchin. – Just Jared

Mengambil inspirasi dari album terlaris beliau, Merry Christmas Mariah Carey telah bekerjasama dengan OPI untuk mengeluarkan koleksi pengilat kuku edisi terhad. – Entertainment Weekly

Menerusi beberapa gambar yang tersiar, Justin Bieber kelihatan terkejut selepas di’serang oleh seorang lelaki ketika berada di kelab malam sekitar jam 3.00 pagi. – TMZ

Selebriti popular Korea, Lee Hyori telah selamat mengahwini tunangnya seorang pemuzik Lee Sang Soon dalam satu majlis tertutup di kepulauan Jeju dan hanya di’hadiri oleh 90 orang ahli keluarga & rakan rapat pada Ahad lalu. – Soompi

Bekas pasangan kekasih Fizz Fairuz & Almy Nadia khabarnya datang bersama ke sebuah majlis baru baru ini tetapi tidak masuk bersama– elakkan spekulasi orang ramai? – Murai