fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.405)

VIDEO HARI INI: Jarang kami lihat persembahan live pemuzik kita di’rakamkan dalam setting yang cantik. Ini Go Gerila! tampil di The Wknd Sessions dengan lagu mereka Perjalanan.

Rakan artis, Ed Sheeran mendedahkan yang Taylor Swift sebenarnya tidak menujukan dialog “Shut the f*ck up” ketika di 2013 MTV Video Music Awards buat bekas kekasihnya, Harry Styles dan siapakah yang malang itu? – Huff. Post

Kate Upton telah di’namakan sebagai Model of the Year & akan menerima anugerah (gelaran?) itu di majlis Style Awards ke 10 yang akan berlangsung minggu hadapan. – IBT

Penyampai radio Suria FM, Halim Othman enggan mengulas lanjut mengenai satu kontroversi dakwaan seorang wanita yang mengaku kekasihnya kerana menyifatkan tindakan itu hanya membuang masa. – mStar Online

University of Western Ontario telah membatalkan persembahan Sean Kingston untuk minggu orientasi mereka selepas penyanyi itu di’dakwa terlibat dengan kes rogol beramai ramai. – TMZ

Pelakon Kate Bosworth dan tunangnya Michael Polish khabarnya sudah rasmi bergelar suami isteri dalam satu majlis perkahwinan tertutup yang di’adakan di Philipsburg, Montana USA pada Sabtu lalu. – US Magazine