fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.398)

VIDEO HARI INI: Video ini berusia hampir lima tahun lamanya tetapi masih comel untuk di’lihat. Cara cara bagaimana untuk berlawan jika perlu.

Bintang siri TV popular Setia Hujung Nyawa, Amar Asyraf memilih pulau percutian di selatan Thailand sebagai lokasi bulan madu kerana beliau dan isteri sama sama sukakan pantai. – Sinar Harian

Justin Timberlake dan rakan rakan beliau dalam *NSYNC di’laporkan akan kembali bersatu di atas pentas MTV Video Music Award (VMA) 2013 yang akan berlangsung hujung minggu ini. – Page Six

Nampaknya semacam ada harapan untuk pasangan Robert Pattinson dan Kristen Stewart yang telah putus cinta selepas mereka di’khabarkan ada bertemu dan ada mungkin kembali bersama. – US Magazine

Gambar yang di’kirimkan peminat ini menunjukkan kumpulan idol Korea paling senior, Shinhwa di’lihat sedang aktif merakamkan satu episod bersama rancangan variasi popular, Running Man. – Soompi

Kuasa media sosial, Pepsi dan Katy Perry bekerjasama membawakan hashtag #KatyNow yang bertujuan memberi peluang kepada peminat untuk memilih single terbaru mana wajar di’keluarkan pennyanyi itu. – AdWeek