fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.397)

VIDEO HARI INI: Filem terbaru lakonan Zizan Razak dan Siti Saleha yang diadaptasi dari novel FIXI, KL Zombi akan mula ditayangkan pada 29 Ogos 2013, ini trailer penuhnya. Enjoice!

Macam tidak boleh percaya tetapi ini yang berlaku — sebuah lagu yang di’dakwa sebagai duet antara mendiang Michael Jackson dan sensasi pop kini Justin Bieber muncul di internet. Hmm. – EW

Selepas lama menyepikan diri dari laman sosial semenjak melahirkan anak kedua, Jessica Simpson kembali berkongsi gambar anak perempuan sulungnya yang berusia setahun, Maxwell Drew. – Huff. Post

Ketika sidang media filem This Is Us, Liam Payne mendedahkan yang Zayn Malik hampir di’buang dari terus menjadi anggota One Direction kerana selalu lambat hadir ke sesi latihan. – Mirror

Semalam merupakan hari yang istimewa buat salah satu nama besar dalam industri hiburan Korea di’mana BIG BANG menyambut ulangtahun ke-7 sejak penubuhan mereka. – allkpop

Diana Amir mengakui selesa jarang bertemu dengan tunangnya iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman agar tidak berlaku fitnah. – mStar Online