fbpx

VIDEO HARI INI: Bersempena kedatangan Barcelona ke Malaysia hujung minggu ini nanti, ini dia bintang mereka Lionel Messi dalam persalinan neon untuk iklan terbaru bersama Adidas.

Vokalis kumpulan Mojo, Aweera mengesahkan nama yang tertera dalam notis isytihar muflis seperti disiarkan di akhbar dan telah muflis ekoran menanggung beban hutang lama. – Utusan Malaysia

Pemain skuasy Malaysia dan pemegang takhta nombor satu dunia, Nicol Ann David muncul sebagai penghias muka hadapan majalah August Man edisi Ogos 2013. Beza, memang berbeza. – August Man

Aktress The Big Bang Theory, Kaley Cuoco di’lihat keluar bersama pemain tenis Ryan Sweeting selepas kisah cintanya yang tidak kekal lama dengan hero Man of Steel Henry Cavill sebelum ini. – US Weekly

Pelakon wanita Korea, Kim Bin Woo mendedahkan sejak 12 tahun yang lalu beliau hanya menjamah makanan sekali sahaja dalam sehari untuk mengelakkan berat badan naik. – Soompi

Nampaknya Katie Holmes menambah satu lagi karier atau kerjaya beliau dalam resumé selepas bersetuju untuk terlibat dengan proses mereka palet kompak bersama jenama kosmetik Bobbi Brown. – People