fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.392)

VIDEO HARI INI: Sedutan 99 buah filem epik dalam sebuah video berdurasi 6 minit. Kompilasi yang cukup rencah & awesome!

Oleh kerana membela lebih 20 ekor kucing di rumah, Tiz Zaqyah sanggup untuk tidak pulang terlalu lama ke kampung berhari raya kerana risau akan keadaan kesemua kucing peliharaan beliau. – Malaysian Digest

Bintang How I Met Your Mother, Jason Segel tampil lebih kemas dan lebih kurus dalam satu majlis baru baru ini dan imej terbaru beliau itu sebagai persedian untuk filem baru, Sex Tape. – US Weekly

Penyanyi popular, Rihanna baru baru ini telah menang kes mahkamah terhadap rangkaian pengedar pakaian terkenal Topshop yang menjual baju berimej wajah penyanyi itu tanpa kebenaran. – EW

Pelakon popular Korea, Song Joong Ki mengumumkan berita sedih buat para peminat yang mana beliau akan menjalani khidmat wajib tentera selama dua tahun bermula 27 Ogos ini. – Soompi

Album terbaru Selena Gomez, Stars Dance berjaya menyingkirkan album epik Jay Z, Magna Carta Holy Grail untuk berada di tempat teratas carta Billboard 200. Yang pertama buat penyanyi ini. – Billboard