fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.39)

Selamat kembali ke pejabat wahai tenaga kerja yang memajukan Malaysia, ini senarai pencalonan untuk Anugerah Oscar 2012 untuk tatapan anda. – Just Jared

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Oh tidak. Bintang pop Hollywood, Rihanna (gambar) di’khabarkan baru baru ini keluar berparti bersama bekas teman lelaki, Chris Brown & ada kemungkinan yang mereka akan bersatu kembali. Oh oh. – The Superficial

Anda mungkin sudah tahu akan kisah penceraian mereka, tetapi Seal dalam temubual terbaru di Ellen hari ini mengatakan yang beliau tidak berniat untuk tanggalkan cincin perkahwinan, dalam masa terdekat. – TMZ

Mengakui yang promosi album Inggeris beliau berjalan agak perlahan, Dato’ Siti Nurhaliza berniat untuk mengadakan sebuah konsert sebagai sebuah hadiah khas untuk peminat pada tahun ini. – mStar Online

Ingat lagi beberapa hari lalu kami khabarkan yang Avril Lavigne & kekasih, Brody Jenner telah berpisah? Sumber terbaru mengatakan mereka kini sudah kembali bersama. Cis cheesecake factory. – People