fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.389)

VIDEO HARI INI: Nampak tidak fanatiknya peminat Justin Bieber? Seorang pemuda dengan wajah seiras turun ke lokasi konsert untuk mengusik mereka. Hasilnya kelakar.

Dalam satu temubual dengan Sunday Times Magazine, Psy mendedahkan yang beliau mempunyai tahap ketagihan alkohol yang agak teruk dan akan minum sepanjang masa. – Huffington Post

Muncul di sebuah program TV, Matthew Perry dan Lisa Kudrow masing masing berharap siri TV popular Friends mempunyai lebih banyak musim & tidak berakhir 10 tahun lepas. – US Magazine

Ahli termuda kumpulan Big Bang, Seungri di’laporkan akan mengeluarkan sebuah album solo tidak lama lagi dan ini merupakan album solo mini kedua selepas yang pertama sekitar 2011 lalu. – Soompi

Bakal membintangi filem adaptasi novel popular Mortal Instruments, aktres muda Lily Collins berkata beliau memandang tinggi keupayaan Jennifer Lawrence dan Kristen Stewart. – Gossip Cop

Melalui status terbaur beliau di Facebook, Shila Amzah kongsikan yang beliau bakal menyambut hari raya Aidilfitri kali ini di Shanghai, China atas tuntutan kerja. – Sinar Harian