VIDEO HARI INI: Filem ini di’buat berdasarkan kisah benar 47 pahlawan Jepun pada abad ke-18 yang menuntut bela kematian ketua mereka tetapi dengan Keanu Reeves, semuanya menjadi satu fantasi.

Penerbitan berprestij, Forbes baru sahaja menobatkan Robert Downey Jr. sebagai pelakon yang menerima bayaran tertinggi untuk tempoh Jun 2012 sehingga Jun 2013 dengan US$75 juta. – Forbes


Beyoncé khabarnya telah menolak cadangan 50 buah lagu untuk di’muatkan dalam album terbaru beliau dan ini membuatkan pihak penerbit perlu memulakan proses dari kosong semula. Diva much? – Guardian

Kalau kaya & ternama, duit memang bukan satu masalah. Kim Kardashian & Kanye West baru baru ini di’laporkan membelanja sebanyak US$767,000 untuk tandas bersalut emas di rumah mereka. – Huff. Post

Dalam sidang media petang semalam, Ashraf Muslim memberitahu yang hubungan isteri pertamanya Noor Dayana & isteri kedua Wan Sakinah kini sudah pulih & semakin baik. – Media Hiburan

Penyanyi & pelakon Korea, Lee Seung Gi telah di’pilih dalam satu kajian sebagai calon ideal nombor satu untuk di’jadikan suami berdasarkan pendidikan, keluarga & kerjayanya kini. – Soompi