fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.386)

VIDEO HARI INI: Video kali ini sudah bertahun usianya namun kami masih terkesan dengan mesej yang ingin di’sampaikan melaluinya, plus, lagu latarnya juga cukup awesome.

Dan kalau anda mencari video terbaru untuk di’layan, filem Gravity yang menampilkan George Clooney dan Sandra Bullock sebagai teraju utama baru sahaja melancarkan trailer terbaru. – Just Jared

Untuk peminat dunia kereta pantas & ganas, Sony di’laporkan sedang dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem dengan inspirasi Gran Turismo bersama penerbit filem The Social Network. – Engadget

Teraju utama filem JOBS, Ashton Kutcher dikhabarkan bakal bersetuju dengan bayaran sebanyak US$10 juta untuk terlibat dengan promosi dan menjadi jurucakap jenama komputer, Lenovo. – NY Post

Ini bukan yang pertama kali buat mereka, lagu terbaru kumpulan 2NE1 berjudul Falling In Love telah berjaya bergelar Best Song of the Summer di MTV Iggy melalui satu undian peminat. – Soompi

Tidak menunggu lama, Kate Middleton dan Prince William telah tampil di’khalayak ramai bersama bayi sulung mereka untuk tatapan ramai & juga khabarnya wajah bayi diraja itu mirip si ibu. – US Magazine