fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.385)

VIDEO HARI INI: Ada peminat motor Vespa di sini? Ini video grafik yang menceritakan evolusi motosikal penuh ikonik ini.

Baru semalam kita lihat gambar terbaru aktress ini dan hari ini khabar baru mengatakan Penelope Cruz telah selamat melahirkan bayi perempuan di Madrid, Sepanyol. – Just Jared

Bintang remaja, Selena Gomez berkata beliau akan lebih berhati hati apabila bercinta lagi selepas ini berdasarkan pengalaman cinta bersama Justin Bieber yang putus baru baru ini. – US Magazine

Bekas suami kepada Abby Abadi, Norman Hakim berkata beliau tidak pun terkejut dengan berita pernikahan wanita itu dengan sorang lelaki muda kerana sudah menghidu hubungan mereka lebih awal. – mStar Online

Dalam video muzik terbaru untuk single terbaru mereka berjudul Best Song Ever, One Direction telah menyelitkan fesyen terkini mengambil inspirasi dari kumpulan k-pop, B.A.P. – Soompi

Filem seram terbaru Hollywood yang menjadi bualan, The Conjuring berjaya mendahului jumlah kutipan tiket wayang di USA dan juga Kanada sepanjang hujung minggu lalu dengan US$41.9 juta. – Bloomberg