fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.384)

VIDEO HARI INI: Ianya tahun 2013 dan Backstreet Boys punya lagu baru berjudul In A World Like This. Itu sahaja.

Menepis gossip yang timbul, Uqasha Senrose menafikan yang hubungan cinta dengan Pekin Ibrahim sudah berakhir selain menyangkal sikap kaki perempuan kekasihnya itu. – GUA

Nampaknya kehamilan Kate Middleton memang mengundang perhatian dunia & berita terbaru mengatakan Duchess of Cambridge itu kini berada di hospital untuk menanti saat bersalin. – People

Berkaitan sedikit, Penelope Cruz tampil di khalayak ramai di Festival Muzik Los Veranos de la Villa baru baru ini menampakkan kandungan beliau yang bakal lahir bila bila masa sahaja. – US Weekly

Pelakon & ahli kumpulan 2PM, Taecyeon berharap kumpulan beliau mampu bertahan lama dalam industri muzik seperti mana kumpulan senior Shinhwa yang mampu kekal popular sehingga kini. – Soompi

Marvel telah mengumumkan tajuk rasmi untuk filem sekuel yang bakal menjadi penantian ramai, Avengers: The Age of Ultron dan mendedahkan filem ini akan lebih berat dari sebelum ini. – MTV