fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.383)

VIDEO HARI INI: Filem ini akan membuka tayangan pada 29 Ogos 2013 dan ini merupakan trailer panjang berdurasi 270 saat untuk filem Kick Ass 2 yang memang kami nantikan. Amaran: NSFW

Kesemua pelakon utama filem akan datang X-Men: Days of Future Past berjaya hadir ke Comic-Con 2013 sebagai panel kali ini termasuk nama besar Hugh Jackman, Halle Berry & Jennifer Lawrence. – Too Fab

Masih relevan dengan Comic-Con & Jennifer Lawrence, trailer terbaru untuk filem sekuel The Hunger Games: Catching Fire telah di’pertontonkan kepada umum baru baru ini. – MTV

Penggambaran musim kelima GLEE telah di’tunda sehingga awal Ogos ini dan membuatkan tarikh tayangan musim terbaru ini hanya akan bermula pada 26 September kerana kematian Cory Monteith. – Huff. Post

Khabarnya, Tasha Shilla semakin rajin menemani kekasih hatinya Mahali Jasuli ke stadium untuk memberikan sokongan. – Utusan Malaysia

Penyanyi yang gemar & lantang bersuara, Kanye West khabarnya baru baru ini telah bertindak kasar terhadap seorang jurugambar di sebuah lapangan terbang & turut ingin merampas kameranya. – US Weekly