fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.382)

VIDEO HARI INI: Kalau anda ada 10 minit untuk di’luangkan, filem pendek bertajuk First Flight ini harus anda tonton. Kota Kinabalu, Sabah nampak lain macam cantik. Heh.

Kalau anda terlalu sibuk untuk menonton program kegemarana anda di atas sofa empuk enak, kini anda boleh tonton bila bila masa di mana sahaja hanya dengan Astro On-The-Go!

Senarai pencalonan untuk anugerah Emmy 2013 telah pun di’umumkan & nampaknya American Horror Story: Asylum menerima pencalonan paling banyak dengan 17 kategori di’ikuti rapat Games of Thrones. – Just Jared

Dalam satu temubual terbaru, penyanyi Miley Cyrus berkata yang para pembenci beliau merupakan motivasi utama untuk dirinya melakukan yang terbaik dalam karier ketika ini. – Entertainment Tonight

Selepas hanya beberapa lalu model ini kongsikan gambar seksi beliau, Heidi Klum sekali lagi mengirimkan gambar dirinya tidak berbaju (topless) melalui akaun Twitter & Instagram beliau. – US Weekly

Seelan Paul berkata baru baru ini yang stesen radio Hot FM tidak pernah gam Faizal Tahir serta tidak mengamalkan sikap pilih kasi kepada mana-mana artis di negara ini. – mStar Online

Penyanyi Kim Jong Kook telah membuat satu jemputan terbuka kepada aktress China, Tang Wei untuk muncul dalam Running Man selepas aktress itu mula popular di Korea sejak akhir akhir ini. – Soompi