fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.380)

VIDEO HARI INI: Kalau anda selalu bayangkan menjadi 1% dari populasi dunia yang kaya raya, bayangkan golongan 0.00001% yang kaya agak melampau. Ini billionaire Sergey Veremeenko.

Kalau anda terlalu sibuk untuk menonton program kegemarana anda di atas sofa empuk enak, kini anda boleh tonton bila bila masa di mana sahaja hanya dengan Astro On-The-Go!

Pelakon Hollywood, Bradley Cooper berkata yang walaupun mempunyai kewangan yang sangat kukuh beliau tidak seperti yang lain mengumpul kereta atau berimpi untuk memiliki jet peribadi. – Just Jared

Walaupun terkenal dengan badan bersaiz zero, Kate Moss menegaskan sekali lagi yang beliau tidak pernah mengalami gangguan pemakanan (anorexic) atau menggunakan dadah jenis heroin. – US Magazine

Dalam satu temubual dalam program Mamma Mia, Song Joong Ki mendedahkan yang Lee Gwang Soo satu satunya rakan dengan status selebriti yang pernah hadir ke rumah beliau. – Soompi

Fahrin Ahmad mengakui yang tahun tahun sebelum ini beliau sentiasa sedih beraya tanpa teman atau kekasih namun pada tahun ini beliau lebih memikirkan kerjaya & sibuk dengan aktiviti seni. – Murai

The Wolverine, Hugh Jackman berkata yang resepi utama dalam perkahwinan dengan Deborra-Lee Furness sejak tahun 1996 lagi adalah dengan sentiasa memberikan kejutan penuh romantis. Aww. – People